suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar letupan disertai taburan paku di Nilai, polis temukan peranti IED

Pasukan keselamatan membuat kawalan di lokasi kejadian. -Foto Bernama

BEBERAPA objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) ditemuikan di kawasan Desa Palma di Nilai, Negeri Sembilan pada Isnin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan NG MERS 999 kira-kira pukul 7.08 pagi berhubung kewujudan objek meletup serta paku yang bertaburan di kawasan berkenaan.

"Sepasukan polis segera digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil maklumat saksi awam mendapati letupan dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan.

"Pemeriksaan lanjut ke atas rumah-rumah berhampiran membawa kepada penemuan tiga objek disyaki IED di dalam salah sebuah rumah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Alzafny berkata, pasukannya turut menemukan kenderaan yang disyaki menjadi punca letupan terbabit yang terletak kira-kira 250 meter dari lokasi kejadian.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan turut menemukan beberapa peralatan dan bahan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan," katanya.

Artikel Lain