suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Suri cantik dan berseri... Keluarga kongsi Allahyarham amal surah Al Mulk sebelum tidur

Allahyarham Suri Narudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Chembong, Rembau, pada pukul 8.15 malam Rabu. -Foto FB Mac Ruhayu

"JENAZAH arwah bersih, cantik dan berseri," demikian menurut sukarelawan Skuad Amal Rembau, Sabariah Mat Deris, ketika berkongsi pengalamannya menguruskan jenazah Allahyarham Suri Narudin, wanita yang mayatnya ditemukan dalam beg di Pedas, Negeri Sembilan, minggu lalu. 

Sabariah, 52, yang merupakan antara individu yang menguruskan jenazah Suri di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau turut menyifatkan arwah kelihatan seperti baharu meninggal dunia, meskipun mayatnya sudah lebih tiga hari ketika ditemukan.

"Walaupun sudah lebih tiga hari dia meninggal ketika mayatnya ditemukan, tapi keadaan jenazahnya saya boleh katakan cukup sempurna.

"Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya daripada awal hingga akhir," katanya, memetik laporan Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Mayat dalam beg ditemukan di belakang rumah kosong adalah Suri Narudin

Ujarnya, keluarga Allahyarham memaklumkan yang wanita tersebut juga sentiasa mengamalkan Surah al-Mulk sebelum tidur.

Jenazah Allahyarham Suri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Chembong, Rembau, pada pukul 8.15 malam Rabu, dengan dihadiri kira-kira 30 ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Terdahulu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan  identiti mayat seorang wanita yang ditemukan dalam beg yang ditanam di bahagian belakang sebuah rumah di Pedas, sebagai Suri Narudin.

Ujarnya, pengesahan itu diperoleh hasil pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang dijalankan oleh pihak polis, selain laporan analisis DNA (Deoxyribonucleic Acid) yang diterima pihak polis daripada Jabatan Kimia Malaysia.

Suri dilaporkan tidak dapat dikesan sejak 8 Disember, sebelum mayatnya ditemukan pada 18 Disember lalu.

Artikel Lain