suria

‘Katakan Tidak Pada Hidu Asap Rokok’

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dimaklumkan untuk melaksanakan hak-hak mereka dan berkata tidak pada menghidu asap rokok.

Ia berikutan kaji selidik Kementerian Kesihatan yang menunjukkan 85.8 peratus responden percaya bahawa menghidu asap rokok akan menyebabkan penyakit yang serius di kalangan bukan perokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa rakyat Malaysia supaya melaksanakan hak mereka dan tidak bertolak ansur dengan menghidu asap rokok di tempat awam.

“Kami telah melancarkan kempen untuk masyarakat berkata tidak kepada menghidu asap rokok.

“Jika anda fikir asap rokok akan memberi kesan kepada anda dan anda merupakan penghidu asap rokok, anda boleh memberitahu mereka secara baik bahawa ia adalah tempat awam, bolehkan anda merokok di tempat lain?

“Kami mahu bantuan daripada masyarakat,” kata beliau pada pelancaran Laporan Negara Kaji Selidik Tembakau Audit Global (GATS) pada Selasa.

Majoriti responden GATS turut mahu merokok turut dilarang di dalam restoran dengan 83.5 peratus berkata “ya” terhadap idea tersebut.

Kementerian menjalankan kaji selidik buat pertama kali pada tahun lepas dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit.

Liow berkata, merokok telah dilarang di restoran yang berhawa dingin tetapi tetapi kebebasan untuk mereka menyediakan kawasan khusus bagi merokok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, seramai 4,250 responden berusia 15 tahun dan ke atas telah melakukan kaji selidik itu.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa 71 peratus dewasa terdedah kepada asap rokok di restoran, 38.4 peratus dewasa di rumah dan 39.8 peratus pula di bangunan yang tidak mempunyai larangan merokok.

Terdapat 4.7 juta perokok di negara dengan perbelanjaan purata bulanan RM178.80 seorang.

Dan daripada 4.3 juta orang yang merokok setiap hari, hanya 9.5 peratus menghentikan amalan itu.

Artikel Lain