suria

Akaun RM3 Bilion Anwar: Tujuh NGO Buat Laporan Polis

ALOR SETAR: Tujuh lagi badan bukan kerajaan (NGO)membuat laporan polis berhubung dakwaan 20 akaun bernilai RM3 bilion dikawal ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NGO tersebut diketuai Badan Generasi Prihatian 3R 1Malaysia (BGP3R) Kedah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, Selasa.

Pengerusi BGP3R Kedah, Mansor Ahmad berkata polis perlu segera menyiasat dakwaan itu bagi membuktikannya kerana ia melibatkan satu jumlah besar.

Semua tujuh NGO terbabit juga akan membuat laporan sama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Selain BGP3R, enam lagi NGO itu ialah Kelab Kebajikan Parlimen Kuala Kedah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Taman Pelangi Alor Setar, Pertubuhan Kemajuan Rakyat Islam Se-Malaysia(Kris) Kedah, Persatuan Belia 1 Gerakan Komuniti 1Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kota Setar dan Persatuan Menembak Negeri Kedah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain