suria

Had Minimum Usia Bersara Sektor Swasta Dinaikkan Kepada 60 Tahun

KUALA LUMPUR: Kakitangan swasta di negara ini hanya boleh bersara pada usia 60 tahun di bawah Rang Undang-Undang Usia Persaraan Minimum 2012, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu.

Rang undang-undang tersebut dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Subramaniam.

Di bawah akta tersebut, mana-mana pekerja swasta hanya boleh bersara apabila mereka mencapai usia 60 tahun jika mereka bersara sebelum tempoh mereka boleh didenda sehingga RM10,000.

Turut dicadangkan adalah setiap kakitangan swasta juga boleh bersara apabila mereka mencapai usia persaraan pilihan seperti yang dipersetujui dalam kontrak yang telah mereka tandatangani sebelum ini.

Sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan, sebarang pertikaian mengenai usia persaraan yang dibuat dalam kontrak terdahulu dianggap tidak sah dan ia akan digantikan dengan umur minimum 60 tahun.

Tahun lepas, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan had umur minium persaraan bagi sektor swasta di Malaysia daripada 55 kepada 75 tahun.

Subramaniam telah menolak cadangan agar kerajaan menetapkan had umur maksimum bagi pekerja swasta dengan menegaskan bahawa mereka seharusnya dibenarkan bekerja selagi mereka mampu untuk bekerja.

Artikel Lain