suria

Laporan Jakarta Post Tepat - Irene Fernandez

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez mengesahkan kenyataannya seperti yang disiarkan oleh Jakarta Post adalah benar seperti yang digambarkan.

Malah beliau sekali lagi mengesahkan bahawa Malaysia tidak mempunyai rangka kerja undang-undang mahupun undang-undang khusus bagi melindungi pekerja sehingga wujudnya diskriminasi terhadap pembantu rumah dan pekerja ladang.

Tambah beliau, pekerja ladang menghadapi pelbagai bentuk diskriminasi seperti perbezaan gaji serta lebih terdedah kepada ancaman kesihatan daripada bahan kimia dan racun perosak.

Sambil mengakui bahawa beliau memberitahu akhbar berkenaan bahawa majikan di Malaysia 'bertindak sewenang-wenangnya', beliau dalam pada itu mempertikaikan sebahagian laporan yang memetik beliau sebagai berkata bahawa majikan di Malaysia 'membeli' keputusan mahkamah apabila pekerja menyaman mereka.

Artikel Lain