suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 Lagi Gambar Individu Terlibat Perhimpunan Bersih 3.0 Disiar

KUALA LUMPUR: Polis pada Isnin menyiarkan 25 lagi gambar individu yang disyaki terlibat dalam perhimpunan hingga menimbulkan huru hara di ibu negara 28 April lalu, untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, tiga orang telah disiasat selepas 91 keping gambar individu disiarkan sebelum ini, dan mereka telah dibebaskan sebaik saja siasatan selesai.

"Polis telah menerima maklumat menggalakkan daripada orang ramai dan maklumat berkenaan dianalisis untuk tujuan pengesahan sebelum tangkapan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat berhubung individu itu kepada polis atau berhubung terus kepada ASP Azmi Aziz melalui e-mel [email protected]. - BERNAMA

Artikel Lain