suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih 3.0: Seorang Pelajar Serah Diri

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan di ibu negara, Sabtu lepas.

Pelajar tahun dua jurusan undang-undang berumur 22 tahun itu, tiba di perkarangan IPPKL bersama anggota keluarga dan beberapa rakannya, kira-kira pukul 10 pagi.

Penuntut terbabit kemudian ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, polis mengedarkan 91 gambar individu yang boleh membantu siasatan berhubung insiden kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan 28 April lepas.

Daripada jumlah itu, 22 orang daripadanya dipercayai pelajar institusi pengajian tinggi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain