suria

Insap & Yayasan 1 Malaysia Anjur Forum Agama & Perpaduan Etnik

KUALA LUMPUR: Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (Insap) dan Yayasan 1Malaysia akan menganjurkan bersama forum awam, "Agama dan Perpaduan dalam Masyarakat Pelbagai Etnik" di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini pada 17 Mac.

Forum, yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris itu, akan bermula dari jam 12 tengah hari hingga 4:30 petang. Masuk adalah percuma tetapi perlu mendaftar.

Dalam satu kenyataan, Insap berkata forum itu bertujuan meneroka pengaruh agama di dalam usaha Malaysia memupuk perpaduan nasional, dan cabaran dalam mewujudkan persekitaran sosio politik yang mampan dan stabil untuk kemajuan negara.

"Forum ini juga akan berusaha untuk memahami kebimbangan rakyat Malaysia yang berharap kepada keamanan yang berterusan dan keharmonian etnik dan bagaimana ianya boleh dicapai," kata kenyataan itu.

Penceramah dan anggota panel termasuk Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu.

Pertanyaan berhubung pendaftaran boleh dibuat dengan menelefon 03-2161 6201 (Insap), 03-7781 4575 (Yayasan 1Malaysia), faks 03-2161 3701.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain