suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 Apr Hari Kelepasan Am Tambahan Di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah mengisytiharkan 11 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi negeri ini sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata Sabah tidak seharusnya terkecuali daripada meraikan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 itu.

"Adalah wajar bagi Sabah untuk turut memberi cuti seperti yang diputuskan oleh kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri, di sini, Rabu.

Dalam perkembangan lain, Musa turut mengumumkan kenaikan elaun ketua masyarakat Cina di negeri ini dari RM450 ke RM650 berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Kali terakhir elaun berkenaan dinaikkan ialah kira-kira lima tahun lalu iaitu dari RM230 ke RM450. - BERNAMA

Artikel Lain