suria

Mangsa Banjir Johor Meningkat Kepada Lebih 1,100 Orang

JOHOR BAHARU: Keadaan banjir di Johor tidak banyak berubah dengan beberapa sungai masih melebihi paras bahaya, manakala jumlah mangsa di pusat pemindahan pula meningkat kepada 1,127 orang setakat 8 pagi, berbanding 8.55 malam tadi.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, sebanyak 27 pusat pemindahan dibuka iaitu 13 di Segamat, tujuh di Mersing, lima di Batu Pahat serta masing-masing satu di Kluang dan Pontian.

Laluan jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Sementara itu, menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, air di beberapa batang sungai masih melebihi paras bahaya.

Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatat 3.34 meter, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat (9.44 meter), Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.86 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, (19.85 meter), Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (16.95 meter) dan Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter). - BERNAMA

Artikel Berikut

10 Motosikal Terbakar Di Flat

Artikel Lain