suria

UKM Anjur Konsert Diraja UKM Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Muhriz

PUTRAJAYA: Konsert Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2012 adalah antara program yang akan diadakan sempena hari ulang tahun keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang juga Canselor UKM.

UKM dalam kenyataan hari ini, berkata konsert itu yang akan dipersembahkan dalam bentuk orkestra dan muzik klasik tempatan oleh Orkestra UKM dan disertai beberapa artis undangan akan diadakan pada 28 Januari ini di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

Konsert itu diadakan sebagai menjunjung kasih Tuanku Canselor sempena hari ulang tahun keputeraan baginda pada 14 Januari depan, kata kenyataan itu.

UKM juga akan menganjurkan Konsert Orkestra UKM 2012 pada 29 Jan di tempat yang sama.

Penganjuran kedua-dua konsert itu diharap akan memberi kefahaman dan pengetahuan kepada masyarakat kampus mengenai muzik orkestra dan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan kesenian sekali gus mempertingkatkan daya apresiasi mereka terhadap karya seni, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Lain