suria

Warga Bangladesh Ditemui Mati Dengan Tempurung Kepalanya Pecah

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh ditemui mati dengan keadaan tempurung kepalanya pecah di tapak projek perumahan di Sunway Harmony 3, Jalan Damansara di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata lelaki berumur 31 tahun itu ditemui rakan sekerjanya ketika mahu mengambil perkakasan untuk membuat rumah di kawasan tersebut pada 8.30 pagi.

"Rakannya yang terlihat mangsa terbaring dengan keadaan tempurung kepalanya pecah dan berlumuran darah, terus menghubungi polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Aida berkata tiada sebarang senjata ditemui berdekatan mangsa dan polis masih menyiasat punca kematian.

Mayat lelaki lengkap berpakaian itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain