suria

18 Wanita Rakyat Asing Ditahan Dipercayai Terlibat Aktiviti GRO

JOHOR BAHARU: Jabatan Imigresen Johor menahan 18 wanita rakyat asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah kedai minuman di Jalan Shahbandar, dekat Batu Pahat malam tadi.

Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor Masri Adul berkata serbuan menerusi "Ops 6P" itu dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan penguatkuasa yang bertindak selepas menerima maklumat orang awam.

"Kesemua wanita itu terdiri daripada 14 rakyat China, tiga rakyat Vietnam dan seorang rakyat Thailand. Kesemua mereka berumur lingkungan 16 dan 41 tahun," katanya menerusi satu kenyataan, di sini hari ini.

Masri berkata 16 daripada wanita itu didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala dua lagi melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - BERNAMA

Artikel Berikut

10 Motosikal Terbakar Di Flat

Artikel Lain