suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syak pasangan selingkuh, isteri paksa suami rogol staf... Rakam aksi untuk dijadikan bukti curang

Merogol adalah jenayah yang boleh dikenakan tindakan tegas. -Gambar hiasan AI

SEPASANG suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol dan merakam serangan seksual yang dilakukan terhadap seorang pekerja wanita bagi tujuan mendapatkan bukti hubungan sulit.

Siasatan awal mendapati, si isteri berusia lewat 30an itu curiga terhadap suaminya yang lebih muda dan mengesyaki lelaki berkenaan menjalin hubungan terlarang dengan mangsa yang bekerja di premis perniagaan mereka.

Suspek wanita dipercayai merancang perbuatan merogol itu dengan 'mengumpan' mangsa datang ke kediaman mereka sebelum mengurungnya bersama suaminya. 

Kejadian dipercayai berlaku antara Khamis hingga Jumaat lalu di kediaman suspek di Makassar, Sulawesi di Indonesia.

Mangsa yang berada dalam ketakutan dan tekanan terpaksa menuruti arahan kedua-dua suspek.

Polis mengesahkan perbuatan itu dirakam dan mangsa dirogol sebanyak dua kali. 

Rakaman video tersebut telah dirampas sebagai bahan bukti, manakala pihak berkuasa turut menyiasat dakwaan rakaman berkenaan digunakan sebagai ugutan supaya mangsa terus bekerja tanpa menerima gaji.

Kes itu terbongkar selepas mangsa, berusia 22 tahun membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

Siasatan lanjut masih dijalankan ke atas kedua-dua suspek. -Agensi

Artikel Lain