suria

[V] Pemilik gim dipukul, isteri kena heret sebelum dicabul sekumpulan lelaki... Anak dibogelkan atas jalan

Tangkap layar CCTV ketika keluarga itu diserang sekumpulan lelaki.

SEBUAH keluarga berdepan pengalaman ngeri apabila diserang oleh sekumpulan individu dalam satu kejadian di sebuah gimnasium pada Jumaat lalu.

Menurut polis, insiden tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) [tonton video] dan siasatan sedang dijalankan bagi memburu beberapa suspek yang masih bebas.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dipukul manakala isterinya didakwa dicabul serta anak lelaki mereka dibogelkan sebelum dibelasah di atas jalan.

Rajesh Garg yang menjadi mangsa memaklumkan, dia dan isterinya mengusahakan sebuah gimnasium di bahagian bawah rumah mereka di Laxmi Nagar, Delhi, India. 

Mangsa mendakwa pengurus gimnasium berkenaan, Satish Yadav dipercayai menipu mereka dan cuba merampas dan mengambil alih perniagaan gimnasium itu untuk dirinya sendiri.

Pada hari kejadian, pasangan itu turun ke ruang bawah tanah bagi memeriksa masalah kebocoran air sebelum didatangi Satish bersama beberapa lelaki lain.

Dalam laporan polis, isteri Rajesh mendakwa dia turut diperlakukan secara kasar dan diheret ke kawasan luar rumah dalam kejadian tersebut.

Suspek ditahan polis, manakala tiga lagi individu dikenali sebagai Vikas Yadav, Shubham Yadav dan Omkar Yadav masih diburu.

Wanita berkenaan turut mendakwa dia hanya melantik Satish sebagai pengurus dan tidak pernah memberikan sebarang hak pemilikan terhadap gimnasium tersebut.

Namun cubaan mereka untuk memintanya berundur sering berakhir dengan pertelingkahan sebelum ini.

Akibat kejadian itu, anak lelaki mereka cedera di kepala dan gigi, manakala Rajesh turut mengalami kecederaan pada wajah serta lebam di beberapa bahagian badan. -Agensi

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia