INSIDEN kekecohan yang berlaku di Masjid Nabawi, Madinah mencetuskan kemarahan ramai apabila dua jemaah dilihat bertelingkah di dalamnya.Menurut saksi kejadian, dua individu terbabit pada mulanya bertekak sebelum bertukar menjadi pergelutan fizikal di dalam kawasan masjid, sekali gus menarik perhatian jemaah lain yang berada berhampiran. Menerusi video tular di media sosial [tonton video], kelihatan seorang jemaah lelaki muda memegang seorang warga emas dari bahagian leher sebelum menjadi semakin agresif sehingga warga emas tersebut kelihatan hampir dicekik.Situasi itu bagaimanapun berjaya dikawal apabila anggota keselamatan bertindak pantas meleraikan kedua-dua individu terlibat dan mengasingkan mereka bagi mengelakkan pergelutan menjadi lebih buruk.Susulan kejadian tersebut, ramai jemaah dan pengguna media sosial meluahkan rasa marah serta sedih, menegaskan bahawa nilai kesabaran, disiplin dan saling menghormati perlu sentiasa dijaga terutamanya di tempat suci."Ada juga orang cakap yang mereka ni anak dan ayah."Apakah sebenarnya yang sedang kita saksikan hari demi hari? Bagaimana seseorang yang beragama Islam sanggup mengabaikan kesucian tempat paling suci ini?"Mereka berada di tempat paling suci di dunia dan sangat bertuah dapat berada di sana, namun tindakan mereka seolah-olah tidak mencerminkan kematangan fikiran," komen beberapa individu di media sosial.Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung identiti individu terlibat atau tindakan yang akan diambil selepas insiden tersebut. -Suno News