SEORANG pekerja wanita berusia 22 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol majikannya, pada awal Januari.Lebih menambah rasa pilu apabila perbuatan jenayah itu didakwa dirakam oleh isteri pelaku yang turut bertindak menawan mangsa sebelum memaksanya melakukan hubungan seks. Kejadian dilaporkan berlaku di rumah suspek di Makassar, Sulawesi Selatan di Indonesia.Wakil mangsa, Alita Karen berkata, kejadian tersebut berlaku antara 1 dan 2 Januari lalu sebelum laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Makassar pada Sabtu.Menurutnya, mangsa dipaksa menurut kehendak suspek selepas menerima ugutan dan keganasan fizikal daripada isteri majikan terbabit."Jika enggan, mangsa akan dipukul. Sebelum ini, dia pernah ditampar dan rambutnya ditarik," katanya.Dalam pada itu, Setiausaha Yayasan Pemerhati Isu Wanita Sulawesi Selatan (YPMP) turut mendedahkan mangsa dirogol sebanyak dua kali di dalam bilik majikannya, dengan kedua-dua kejadian dirakam secara sengaja oleh isteri pelaku."Kali pertama telefon disorok dalam almari tetapi sedang merakam. Kali kedua, isteri pelaku merakam secara terbuka... jadi ada dua rakaman berbeza," jelasnya.Selepas kejadian itu, mangsa dihantar pulang sebelum tampil membuat laporan polis.Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Pemberdayaan Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak (PPPA) Makassar, Ita Isdiana Anwar mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mangsa dan sedang menjalankan proses penilaian."Ya, mangsa baru sahaja membuat laporan dan siasatan lanjut sedang dilakukan," katanya. -Agensi