suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengang tak dapat tanah lelaki bunuh bapa, kakak dan anak saudara... Campak mayat dalam perigi

Semua mayat dikatakan dicampak dalam sebuah perigi. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki didakwa membunuh bapa, kakak serta anak saudaranya menggunakan kapak sebelum mencampakkan mayat ketiga-tiga mangsa ke dalam sebuah perigi gara-gara pertikaian pembahagian tanah.

Kes terbongkar selepas seorang lelaki dikenali sebagai Mukund Patel membuat laporan orang hilang pada Ahad dan mengesyaki abangnya, Mukesh Patel, terlibat dalam kehilangan ketiga-tiga mangsa.

Kejadian tragis itu berlaku di sebuah kampung di Ganga Nagar, India.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ganga Nagar, Kuldeep Gunawat berkata, hasil soal siasat mendapati suspek berang selepas permintaannya untuk mendapatkan sebahagian tanah bapanya, Ram Singh, 55, ditolak.

Menurutnya, Mukesh bertindak mencekik bapanya susulan rasa tidak puas hati setelah tanah berkenaan dipindahkan pemilikan kepada Mukund.

Dalam kejadian pada Jumaat, kakak suspek, Sadhana, 21, dan anak saudaranya, Aastha, 14, cuba menghalang perbuatan tersebut.

Namun ketiga-tiga mereka dibunuh sebelum mayat dicampakkan ke dalam perigi.

Polis menemukan semula mayat mangsa bersama senjata yang digunakan, selain merampas sepucuk pistol buatan sendiri dan dua butir peluru.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan mayat dihantar untuk bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain