suria

Mansuh AUKU Atau Tidak, Terpulang Kepada Pelajar - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Sama ada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 akan dimansuhkan atau tidak, terletak di tangan mahasiswa sama ada mereka bersedia untuk berhadapan sekiranya ia benar-benar dimansuhkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Persoalannya adakah mereka (pelajar) bersedia menghadapinya. Jika mereka kata ‘ya’ tidak menjadi masalah,” kata Muhyiddin ketika sesi soal jawab di Konvensyen Intergriti Kebangsaan 2011.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, akta berkenaan digubal kerana terdaat beberapa insiden di universiti yang menunjukkan kewujudan pengaruh politik di sana.

Bagaimanapun, jelasnya kerelevanan akta tersebut pada hari ini adalah bergantung kepada tahap kematangan pelajar dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk mereka tanpa mengabaikan pelajaran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain