suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Ditipu Lebih RM700,000, Diugut

KUALA LUMPUR: Polis diminta segera menyiasat kes seorang wanita yang ditipu sehingga RM738,000 sejak 10 tahun lepas serta diugut oleh bekas teman lelakinya supaya tidak kembali ke rumahnya di Kulim Kedah.

Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan (PGRM) Wilson Lau Hoi Keong berkata wanita yang berusia 45 tahun itu mengadu bahawa bekas teman lelakinya yang berumur 52, dan bekerja sebagai bookie haram mendakwa mempunyai ramai kenalan dari kalangan anggota kongsi gelap.

Katanya wanita itu juga mengadu bahawa bekas teman lelakinya itu telah mengugut serta memaksanya meninggalkan rumah di Kulim dan menyerahkan hak milik rumah itu.

"Oleh kerana takut nyawanya terancam, wanita itu terpaksa bersembunyi di ibu kota sejak dua minggu lepas dan tidak berani kembali ke rumahnya di Kulim kerana mendapati rumahnya itu sentiasa diawasi oleh seseorang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Jumaat.

Lau berkata wanita itu telah membuat tiga laporan polis mengenai ugutan itu di Balai Polis Kulim dan di balai polis Pandan Indah dan Kota Damansara, Selangor. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain