suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Yan

YAN: Tiga maut manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah kereta yang dinaiki empat orang terbabas lalu merempuh seorang pejalan kaki dalam kejadian di Batu 13, di Jalan Sungai Petani-Alor Setar dekat Bukit Besar, di sini awal pagi Sabtu.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, pemandu dan seorang penumpang kereta serta pejalan kaki itu maut di tempat kejadian.

Katanya identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu masih belum dikenal pasti.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Jurucakap itu berkata punca kemalangan sedang disiasat.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di talian 04-4655222 atau menghubungi terus Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Yan Insp Ahmad Salimi Md Ali di talian 012-6607957 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain