suria

Ducati Lancar Model Baru Monster 795 Di Malaysia

Juara MotoGP dunia, Valentino Rossi duduk di atas motosikal Ducati Monster 795 pada majlis pelancarannya di sini, malam Khamis. Turut hadir Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Next Bike Sdn Bhd (Next Bike), pengimport dan pengedar tunggal motosikal jenama Ducati di Malaysia, melancarkan motosikal berkuasa tinggi keluaran terbarunya, Ducati Monster 795 malam Khamis.

Next Bike merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Naza.

Ini adalah pelancaran global pertama untuk Ducati di Malaysia dan pelancaran rasmi bagi model terbaru itu bagi pasaran Asia.

Majlis disempurnakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan pengerusi eksekutif bersama kumpulan Naza Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Turut hadir naib presiden jualan Ducati Motor Holdings Christiano Silei, ketua pegawai eksekutif Ducati Asia Pasifik Mirko Bordiga dan juara dunia sembilan kali MotoGP Valentino Rossi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain