suria

Gangguan Bekalan Air di K. Pilah, Nilai & Rembau

SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Kuala Pilah, Nilai dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air 24 jam Rabu ini.

Gangguan bermula pukul 8 pagi itu akan berlaku di daerah Kuala Pilah berikutan kerja penyelenggaraan sistem elektrikal dan kerja mencuci berjadual loji rawatan air Kuala Pilah dan Kolam Bukit.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) menerusi kenyataan Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awamnya Azlan Abdul Aziz, berkata kawasan yang akan terlibat ialah pekan Kuala Pilah, Kg. Dioh Seberang Pekan, Kg.Kuala Dioh, Tmn. Angkasa, Tmn. Dioh, Kg. Dioh, Kg. Sg. Dua Kecil, Taman Citajaya.

Kg. Sawah Lebar, Kg. Acheh, Kg. Teluk, Jalan Seremban Lama, Taman Pilah Perdana,Flat Waja, Taman Sema, Taman Pilah Jaya, Taman Sentosa, Taman Setia Kasih, Kg.Gemuruh, Kg. Jawa dan Kg. Parit Seberang.

Turut terlibat ialah Kg. Parit Mungkal, Rumah Rakyat Melang, Taman Melang, Rumah Rakyat Ampang Tinggi, Taman Impian Utama, Taman Bukit Mutiara, Kg. Tebat Kering, Sek. Men. Za'ba, Sek. Jenis Keb. Tamil, Sek. Men. Tunku Khursiah, Taman Keng Ghuan dan Pejabat Daerah Kuala Pilah.

Selain itu bekalan air ke kawasan Balai Polis Kuala Pilah, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, TNB Kuala Pilah, Sek. Keb. Kuala Pilah, Pejabat RISDA, Tmn. Indah, Rest House Kuala Pilah dan Klinik Kesihatan juga akan turut terjejas.

Kenyataan itu menyebut gangguan dalam tempoh yang sama juga akan berlaku di Nilai kerana kerja pengalihan dan penyambungan paip serta penggantian injap di tempat yang sama.

Kawasan yang akan terlibat ialah tapak industri Enstek, kilang Coca-Cola dan perumahan Enstek Timur.

Gangguan bagi tempoh yang sama di Rembau pula disebabkan kerja pencucian berjadual kolam Rembau melibatkan Kg. Senama Hilir, Kg. Tanjung Keling, Kg. Perigi Jernih, Taman Desa Permai Mampong, Kg. Mampong; Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Kg. Chuai Hilir, Petronas Rembau, Taman Seri Rembau, Taman Rembau Utama, Kg. Seberang Sawah, Kg. Batu Hampar dan Kg. Baru Batu Hampar.

Menurut kenyataan SAINS, kerja-kerja penyelenggaraan dan mencuri berjadual merupakan usaha berterusan pihak syarikat itu dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air.

Kenyataan itu menambah bekalan air akan disambungkan semula selepas pukul 8 pagi 20 Okt dan dijangka pulih secara berperingkat-peringkat sementara beberapa kawasan tinggi akan mengalami pemulihan tekanan air yang lebih lama.

SAINS akan sedaya upaya mendapatkan sumber bekalan alternatif agar gangguan dapat dikurangkan dan pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain