suria

Jangan buka ‘aib’ dinding rumah... Wanita ini kongsi 7 tip mengecat, pasti hasil macam tukang profesional!

Fzirdina berkongsi di media sosial cara dia mengecat rumahnya sendiri.

TAHUN baharu sering menjadi titik permulaan untuk membuat perubahan termasuklah mengubah suasana rumah supaya tampak lebih segar, kemas dan menenangkan.

Sama ada untuk menaikkan seri kediaman atau sekadar mahu rasa 'rumah baru', kerja mengecat antara perkara paling popular dilakukan. 

Namun kos upah tukang cat yang semakin meningkat membuatkan ramai pemilik kediaman memilih untuk melakukan sendiri kerja tersebut.

Seorang netizen, Fzirdina tampil berkongsi tip DIY (do it yourself) mengecat rumah sendiri menerusi Thread untuk dijadikan rujukan ramai.

1. Pilih kemasan matte (tidak berkilat), bukan sheen (mempunyai sedikit kilauan atau berkilat)

Elakkan memilih cat jenis sheen kerana kemasan ini lebih mudah menampakkan kecacatan, retak halus dan permukaan dinding yang tidak sekata.

Sebaliknya, pilih kemasan matte yang lebih membantu menyamarkan 'aib' atau cela pada dinding.

2. Rumah baharu wajib guna primer

Walaupun dinding asal berwarna putih, penggunaan primer tetap penting bagi mengelakkan kesan berbelang selepas dicat.

Sebanyak 20 liter primer sudah mencukupi untuk rumah dua tingkat.

3. Buka soket sebelum mula mengecat

Pastikan semua soket elektrik dibuka terlebih dahulu supaya tidak terkena cat.

Untuk kerja lebih pantas, gunakan portable cordless drill (gerudi mudah alih tanpa wayar) bagi membuka skru.

Guna penggelek yang sesuai ketika mengecat.

4. Guna roller (penggelek) yang sesuai untuk hasil licin

Disarankan menggunakan roller bersaiz 9 inci dengan nap (ketebalan) antara 5 hingga 10 milimeter bagi mendapatkan kemasan yang lebih smooth dan sekata.

5. Gunakan alat potong tepi dinding

Bagi pemula, penggunaan edge cutter amat membantu untuk mengecat bahagian sudut dan tepi dinding dengan lebih kemas.

Manakala mereka yang sudah mahir boleh menggunakan slanted edge paint brush atau berus cat yang hujungnya senget (condong).

6. Campur sedikit air supaya roller lebih lancar

Untuk memudahkan roller berpusing, campurkan sedikit air ke dalam cat.

Sebagai contoh, bagi 15 liter cat, boleh campurkan sekitar 750 mililiter air. 

Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga bancuhan kelihatan sekata.

7. Tunggu kering sebelum lapisan seterusnya

Selepas satu lapisan siap, tunggu sekurang-kurangnya empat jam sebelum mengecat lapisan kedua.

Langkah ini penting bagi memastikan cat benar-benar kering dan hasil kemasan kelihatan lebih licin serta cantik.

Selepas satu lapisan siap, tunggu sekurang-kurangnya empat jam sebelum mengecat lapisan kedua.

Langkah ini penting bagi memastikan cat benar-benar kering dan hasil kemasan kelihatan lebih licin serta cantik.

Artikel Lain