suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bumbung Empat Rumah Musnah Terbakar

KAJANG: Bumbung empat buah rumah teres dua tingkat musnah dalam satu kebakaran di Taman Murni, Batu 9, di sini, pagi Ahad.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut yang dapat dipadamkan oleh pasukan bomba dari sini dan Kuala Lumpur dalam masa 20 minit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Ahmad Sauqi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.05 pagi dan dua jentera dan 26 anggota bomba dihantar memadamkan kebakaran.

Seorang pemilik rumah yang terbakar, Mohd Zamri Wahab, 40, berkata anak lelakinya berusia 16 tahun terselamat kerana mengikutnya berniaga di Shah Alam.

"Pada mulanya anak saya itu enggan mengikut sementara isteri dan dua lagi anak saya tiada di rumah semasa kejadian," katanya kepada pemberita.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain