suria

Utamakan Calon Boleh Menang - Salleh Keruak

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Umno Sabah menyarankan agar calon boleh menang diutamakan dalam pelarasan formula sedia ada Barisan Nasional (BN) mengenai agihan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Justeru katanya, tidak ada guna meminta kerusi "jika anda tidak ada peluang untuk memenanginya".

Antara kriteria calon boleh menang ialah popular, disukai pengundi, bersemangat sepasukan, selain memiliki personaliti baik serta sanggup berkhidmat kepada semua, katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.

Bekas ketua menteri Sabah itu mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang antara lain berkata langkah tersebut perlu bagi menyesuaikannya dengan suasana setempat ekoran perubahan dalam dinamik politik.

Mengulas lanjut, Salleh berkata BN juga harus mengambil kira kekuatan parti komponennya dalam kawasan tertentu ketika membuat pelarasan itu.

Beliau turut menyarankan agar parti yang tidak dipilih untuk bertanding di satu-satu kawasan agar diberi kedudukan lain.

Salleh juga yakin pelarasan itu akan membawa hasil positif kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain