suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

35 Anggota PAS Sertai Umno Kedah

KUALA NERANG: Seramai 35 bekas anggota PAS cawangan Kampung Baru Lembah Gula, Padang Sanai di sini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno, Ahad.

Bekas anggota PAS itu adalah antara 65 orang yang menyerahkan borang keahlian baru untuk menyertai Umno di Kampung Baru Padang Chendering, Padang Sanai.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim yang menerima borang keahlian baru itu, berkata bekas anggota PAS itu menyertai Umno kerana mereka sedar hanya Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat.

Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Baru Lembah Gula, Mat Jaya Putih, 53, berkata selama 12 tahun bersama PAS, beliau mendapati semua janji-janji yang dibuat parti itu tidak ditunaikan.

"Mereka sering menabur janji tetapi ia adalah janji-janji kosong yang hanya mahu mengaburi mata rakyat.

"Mereka janji nak selesaikan masalah tanah penduduk tapi sehingga sekarang ia tak pernah selesai malah menjadi semakin rumit," katanya yang dipecat pengerusi MKK tanpa sebab.

Seorang lagi anggota PAS iaitu Setiausaha MKK Kampung Lembah Gula Hamzah Lebai Saad, 62, berkata walaupun masih memegang jawatan setiausaha MKK, beliau tetap menyerahkan borang keahlian Umno kerana tidak tahan dengan pentadbiran PAS yang didakwa tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain