suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga beranak ditemukan maut dalam rumah, tubuh penuh kesan cedera akibat senjata tajam

Kesemua mangsa ditemui di dalam kediaman mereka. -Foto Kompas

PENDUDUK kampung dikejutkan dengan penemuan tiga beranak yang maut di dalam sebuah rumah dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Demung, Jawa Timur di Indonesia pada Ahad.

Berdasarkan laporan, mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki, isterinya dan anak perempuan mereka, masing-masing berusia 55, 42 dan 20 tahun.

Ketiga-tiga mangsa ditemukan dengan kesan kecederaan akibat senjata tajam.

Hasil maklumat awal, mayat isteri dan anak ditemukan di dalam bilik tidur, manakala suami di bilik mandi rumah berkenaan.

Kejadian itu terbongkar selepas bapa kepada mangsa wanita datang ke rumah berkenaan sebelum mendapati ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia.

Dia kemudian memaklumkan kepada orang kampung dan membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Demung, Aguk Prayudi berkata, keluarga mangsa serta penduduk setempat berharap kes pembunuhan itu dapat diselesaikan segera.

"Kami berharap polis dapat menyelesaikan kes ini dengan cepat," katanya pada Isnin.

Bagi membantu siasatan lanjut, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Daerah Dr Abdoer Rahem, Situbondo untuk proses bedah siasat.

Kes berkenaan kini masih dalam siasatan pihak polis. -Agensi

Artikel Lain