suria

BN Harap Tempoh Sidang DUN Kedah Dipanjangkan

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah berharap tempoh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual Isnin depan dapat dipanjang.

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ini bagi memberi peluang kepada wakil rakyat BN mengemukakan beberapa soalan berkaitan dakwaan kejayaan kerajaan negeri menyelesaikan manifesto pilihan raya umum yang lepas.

"Kita tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini kerana jawapan berkenaan hanya berdasarkan politik semata-mata.

"Justeru saya berharap Speaker DUN beri ruang kepada wakil rakyat BN untuk kemukakan soalan-soalan bagi merungkai persoalan yang belum terjawab," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penyampaian hadiah di Sekolah Kebangsaan Telok Kechai dekat sini, Rabu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain