suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

93 Taska Di Terengganu Belum Berdaftar Dengan JKM

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 93 daripada 139 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di seluruh Terengganu belum didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, JKM negeri Terengganu, Muhammad Zain Mahmud berkata, kebanyakan Taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang belum mendaftar masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Sabtu ini, JKM akan mengadakan kempen 'Jom Daftar Taska' peringkat negeri melibatkan tiga zon iaitu daerah Besut dan Setiu, daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu serta daerah Dungun dan Kemaman untuk memastikan kesemua Taska dan pusat jagaan mendaftar dengan jabatan itu. -BERNAMA

Artikel Lain