suria

Bersih 2.0: 102 Ditahan Di Sekitar Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Setakat 11 pagi, pihak polis menahan seramai 102 orang di kawasan sekitar Kampung Baru kerana disyaki terlibat dalam kumpulan yang menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Kesemua mereka ditahan kerana didapati memiliki kemeja-T warna kuning dan berlogo Bersih hasil pemeriksaan polis.

Tangkapan yang bermula sejak pukul 8 pagi itu melibatkan tiga operasi di Jalan Raja Abdullah, Jalann Raja Muda Musa dan Lorong Hasan Salleh.

Operasi pertama melibatkan seramai 28 orang pada pukul 8.30 pagi, manakala operasi kedua (8.50 pagi hingga 9 pagi) dan ketiga (11 pagi) masing-masing 37 orang.

Mereka yang ditahan dihantar ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

Artikel Lain