suria

14 Penyokong Perkasa Dilarang Berada Di Sekitar Ibu Kota Sabtu Ini

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret pada Khamis mengeluarkan perintah melarang 14 pemimpin dan peyokong Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam Perhimpunan Gerak Aman Menolak Perhimpunan Bersih 2.0 di beberapa tempat tertentu di ibu kota Sabtu ini.

Kawasan terlibat ialah sepanjang Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan persekitaran Masjid Negara, persekitaran Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, perkarangan Sogo, Maju Junction dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Selain itu, mereka juga dilarang berada di sepanjang Jalan Kinabalu, lebuhraya Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Muda Abd. Aziz, Jalan Datuk Abdul Malik, Jalan Raja Uda, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mohamed dan kawasan yang terkandung di dalamnya.

Majistret Mohd. Azali Ibrahim yang mengeluarkan perintah berkenaan berkata, mahkamah mendapati bahawa mereka akan berjumpa dan melangsungkan perhimpunan menentang serta menghalang Bersih 2.0 di kawasan-kawasan tertentu pada Sabtu ini antara pukul 8 hingga 6 petang.

Mereka yang dilarang berada di tempat-tempat yang disebut itu ialah:

1. Datuk Ibrahim Ali – Presiden

2. Datuk Ab Rahman Ab Bakar

3. Syed Hassan Syed Ali

4. Irwan Fahmi Ideris

5. Roslan Kassim

6. Sharifuddin Abd. Hamid

7. Dr. Zubir Harun

8. Amier Hassan

9. Datuk Ahmad Saad

10. Ahmad Zaini Ismail

11. Muhammad Zahid Md Arip

12. Abdullah Mansor

13. Zaira Jaafar

14. Norkhaila Jamaludin

Artikel Lain