suria

MB Terengganu kesal Anwar Perlekeh Batik Tempatan

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperlekehkan keluaran batik tempatan di luar negara.

"Kita bertungkus lumus perkenal batik kita sehingga ke luar negara, tiba-tiba orang kita sendiri memperlekehkannya.

"Kalau dia tidak suka kerajaan Malaysia, jangan kata semua tak betul, jangan buat benda yang tak rasional. Nak sokong batik Indonesia, sokonglah, tapi jangan sampai melemahkah pengeluaran batik kita," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang dilaporkan memperlekehkan batik tempatan pada satu festival di Jakarta baru-baru ini.

Ahmad berkata kerajaan negeri "merasa tempias" daripada perbuatan Anwar itu, memandangkan Terengganu adalah pengeluar utama batik sutera dan kain batik di negara ini.

"Lagipun batik kita berbeza dari keluaran negara jiran itu kerana batik mereka banyak gunakan gambar binatang, burung dan sebagainya, sedangkan batik kita berbentuk bunga atau abstrak yang lebih menarik," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain