suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2,688 Kes Denggi Dilaporkan Sehingga Kini

PAPAR: Sebanyak 2,688 kes denggi dilaporkan di seluruh negara dengan enam kematian setakat Khamis lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata jumlah itu jauh berkurangan berbanding 5,848 kes dengan 20 kematian yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sejumlah 46,171 kes denggi dilaporkan dengan 134 kematian sepanjang tahun lepas, katanya.

"Walaupun terdapat penurunan dari segi jumlah kes dan angka kematian ini tidak bermakna kita boleh merasa selesa," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Gotong Royong Perdana di Kampung Pengalat Besar, dekat sini Selasa.

Dalam perkembangan lain, Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata aktiviti gotong royong perlu dipergiatkan untuk memerangi nyamuk aedes.

"Program gotong royong ini mempunyai dua objektif yang cukup murni iaitu mengeratkan tali silatulrahim di antara semua yang terlibat dan menjadi pencetus kepada usaha membudayakan aktiviti gotong royong dan pengenalan pembersihan sebagai amalan kehidupan masyarakat kita," katanya.

Rosnah berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan nyamuk aedes dan mengurangkan insiden jangkitan demam denggi dengan meningkatkan pengetahuan serta menterjemahkan kesedaran tentang bahaya demam denggi kepada aktiviti pencegahan secara berterusan. - BERNAMA

Artikel Lain