Rumah Dan Pejabat Tertuduh Kes Bunuh Sosilawati Disita - Semasa | mStar

Rumah Dan Pejabat Tertuduh Kes Bunuh Sosilawati Disita

KUALA LUMPUR: Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menyita rumah dan pejabat peguam N.Pathmanabhan yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, berkuatkuasa 16 Disember lepas.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata perintah yang diperoleh oleh Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Keganasan Bukit Aman itu, bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung satu laporan polis di Teluk Panglima Garang membabitkan kes pengubahan wang haram.

Menurut kenyataan itu, Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan untuk melaksanakan tindakan penyitaan terhadap satu unit rumah teres dua tingkat dan satu unit bangunan pejabat tiga tingkat, kedua-duanya terletak di Banting, Selangor.

Pada 13 Oktober lepas, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 19, R. Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di satu kawasan di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, pada 30 Ogos lepas.

Kes itu akan didengar semula pada 27 Januari tahun depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sarjan Polis Bebas Tuduhan Rasuah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?