suria

Kementerian Kaji Perkenalkan Perkhidmatan Kecemasan Udara Di Semenanjung

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengkaji untuk memperkenalkan perkhidmatan kecemasan udara di Semenanjung bagi memastikan usaha menyelamat, khususnya membabitkan kemalangan dapat dilakukan dengan cepat.

Ini kerana kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkhidmatan ambulans sering kali terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan tidak dapat tiba di tempat kejadian dengan cepat.

"Kita memerlukan perkhidmatan kecemasan pada kadar segera apabila berlaku kemalangan...sebelum ini di Seremban, kita dapati kesesakan lalu lintas terlalu serius, ada ambulans yang tidak dapat sampai ke tempat kejadian," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Liow yang ditemui selepas melawat mangsa kemalangan bas di Km 38 Genting Sempah semalam, di Hospital Selayang berkata bagaimanapun perkhidmatan udara itu mungkin mengambil masa sebelum dapat diperkenalkan kerana memerlukan peruntukan yang besar.

Buat masa ini perkhidmatan kecemasan udara disediakan di Sabah dan Sarawak kerana keadaan geografinya, kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain