suria

Zaid Terus Dahului Pemilihan Timbalan Presiden PKR

PETALING JAYA: Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim terus mengungguli pemilihan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mendahului pencabar terdekatnya, Azmin Ali dengan memperoleh 343 undi pada hari ketiga pengundian.

Naib presiden Azmin Ali mendapat 325 undi, manakala ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub meraih 37 undi.

Sebanyak 27 cabang PKR di lima negeri pada mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk memilih pemimpin di peringkat sayap, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Cabang-cabang tersebut adalah enam di Pulau Pinang, Perak (8) Pahang (7), Melaka (4) dan dua cabang di Negeri Sembilan, lapor Malaysiakini sehingga pukul 7 malam Ahad.

Berikut keputusan yang diperoleh untuk jawatan timbalan presiden di peringkat cabang-cabang:

Batu Kawan: Azmin (59), Zaid (94), Mustaffa (9)

Ipoh Timor: Azmin (50), Zaid (14), Mustaffa (2)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Tampin: Azmin (6), Zaid (115), Mustaffa (2)

Masjid Tanah: Azmin (16), Zaid (38), Mustaffa (8)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Artikel Lain