suria

Orkid Sarawak dinamakan sempena Tuanku Nur Zahirah

KUCHING: Sejenis orkid baru yang unik dan sukar didapati telah dinamakan Dendrobium Tuanku Nur Zahirah sempena nama Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Seri Paduka Baginda berpeluang melihat orkid berkenaan ketika berangkat ke Taman Orkid di sini hari ini bersama-sama beberapa Raja Permaisuri lain dan isteri Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri.

Acara itu adalah sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-128 yang akan berlangsung di sini esok dan lusa.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, ketika memberi taklimat kepada pelawat diraja berkata, nama orkid itu diilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Terdapat dua lagi orkid di taman itu yang dinamakan sempena nama orang kenamaan Sarawak iaitu Dendrobium Laila, sempena nama isteri kepada Taib, Allahyarham Puan Sri Laila Taib, dan Orkid Normah, sempena isteri bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yakub.

Dalam acara lain, Tuanku Nur Zahirah mengunjungi Muzium Sarawak dan kemudian menghadiri majlis jamuan teh. BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita mati dipukul suami

Artikel Lain