suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Naib Ketua Umno Simpang Renggam maut dalam kemalangan

JOHOR BAHARU: Bekas Naib Ketua Umno bahagian Simpang Renggam terbunuh apabila kereta yang dipandunya merempuh sebuah treler di KM34.8 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Plaza Tol Kulai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku pada pukul 7 pagi ketika Jamil Amin, 50, yang memandu kereta jenis Proton Perdana V6 dari arah bandar raya untuk pulang ke Simpang Renggam gagal mengelak sebuah treler yang terbabas ke lorong kanan.

"Treler terbabit yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju bandar raya ini terbabas memasuki lorong bertentangan selepas cuba memotong sebuah lori yang sarat dengan muatan kelapa sawit," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Zulkefly berkata kejadian itu menyebabkan dua motosikal dari arah Kuala Lumpur turut terbabit dalam kemalangan itu apabila melanggar buah kelapa sawit yang bertaburan di atas jalan, sebelum kereta Jamil merempuh treler itu.

Jamil yang tersepit dalam kenderaannya mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk bedah siasat, katanya.

Beliau berkata kedua-dua penunggang motosikal itu hanya cedera ringan. BERNAMA

Artikel Lain