suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

A(H1N1): Lagi asrama, sekolah ditutup di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Sekolah Menengah Sains Dungun dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Marang, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini selepas pelajar berkenaan disyaki menghidapi wabak influenza A(H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, sebanyak 13 kes pelajar yang mempunyai simptom penyakit itu dikesan di sekolah berkenaan manakala 10 lagi di asrama tersebut.

"Oleh demikian, Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan arahan penutupan selama seminggu dan semua pelajar asrama dikehendaki pulang ke rumah masing-masing bagi mengelak penularan wabak itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin turut menerima nasib sama. BERNAMA

Artikel Lain