suria

Kerajaan Pulau Pinang mungkin tukar kereta rasmi jenis Toyota Camry

PULAU PINANG: Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menafikan laporan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan menukar kepada kenderaan jenama asing sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanannya.

Katanya kerajaan negeri tidak menukar kepada jenama asing dalam masa terdekat ini seperti dilaporkan oleh salah sebuah akhbar hairan berbahasa Inggeris baru-baru ini.

"Jika kita menggantikan kereta rasmi, kita sudah tentu akan memilih jenama asing yang murah dan bukan kereta Proton Perdana V6 Executive di mana kos penyelenggaran boleh mencecah lebih RM30,000 setahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kereta jenis Toyota Camry merupakan satu pilihan sahaja tetapi bukan pilihan muktamad.

Kerajaan negeri mempunyai 43 kereta rasmi untuk kegunaan pegawai kanan.

Isnin lepas, Lim berkata kerajaan negeri akan mengikut langkah kerajaan negeri Perak menggantikan kereta rasmi dengan jenama asing apabila kereta rasmi jenis Proton Perdana V6 perlu diganti apabila tiba masanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain