suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jururawat hilang kerjaya, didapati bersalah picit kemaluan pesakit lelaki dalam ICU

Kebanyakan pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dirawat di ICU. -Gambar hiasan AI

SEORANG jururawat digugurkan daripada daftar profesional selepas didapati memicit zakar pesakit lelaki yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Andrew Jonathan Davies didakwa melakukan perbuatan itu ke atas pesakit kritikal yang tidak boleh bercakap dan hanya mampu berkomunikasi melalui gerakan mata.

Selain memicit kemaluan, dia juga didakwa menggunakan satu bahan yang menyebabkan pesakit pedih dan melecur.

Kesemua sembilan pertuduhan terhadap Davies disahkan oleh Panel Nursing and Midwifery Council (NMC). 

Davies, yang bekerja di wad ICU Hospital Prince Charles, United Kingdom (UK), menafikan tuduhan itu.

Namun, panel mendapati dia bersalah selepas mendengar keterangan daripada mangsa yang kini sudah sihat.

Menurut pesakit itu, Davies juga membersihkannya dengan bahan yang dirasakan seperti 'asid' ketika dia berada di ICU.

Isteri mangsa dan beberapa kakitangan hospital turut memberi keterangan sepanjang perjalanan kes itu.

Kejadian tersebut berlaku ketika pesakit dirawat di ICU sekitar April 2021. -Agensi

Artikel Lain