suria

Terpengaruh trend TikTok, remaja 17 tahun dikejarkan ke hospital selepas minum darah sendiri

Perbuatan minum darah boleh membahayakan kesihatan. -Gambar hiasan AI

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun jatuh sakit selepas cuba melakukan satu “life hack” pelik dilihat di TikTok yang mendakwa boleh menjadikan seseorang lebih sihat.

Remaja itu kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Moscow, Rusia, lapor media tempatan pada Rabu.

Menurut doktor, remaja itu meneguk darahnya sendiri dengan harapan dapat meningkatkan paras hemoglobin, berdasarkan nasihat yang ditontonnya di TikTok.

Tidak lama selepas mengikuti 'nasihat' itu, dia mula muntah darah dan mengalami demam panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dipenjara 2 tahun selepas ambil darah wanita tanpa izin

Selepas sihat, dia juga akan dirujuk kepada pakar psikiatri, jelas doktor yang merawatnya.

Dalam pada itu, pakar perubatan memberi amaran bahawa perbuatan tersebut membawa risiko kesihatan yang besar kerana tubuh manusia tidak direka untuk mencerna darah mentah dan ia boleh merengsakan sistem pencernaan.

Ia juga boleh menyebabkan loya dan muntah, selain risiko bakteria atau virus berbahaya.

Selain itu, kandungan zat besi yang tinggi dalam darah boleh menjadi toksik dan membebankan keupayaan tubuh untuk menguruskannya, sekali gus menyumbang kepada komplikasi serius seperti lebihan zat besi dan risiko jangkitan. -Agensi.

Artikel Lain