suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki dipenjara 2 tahun selepas ambil darah wanita tanpa izin

Suspek bertindak menceroboh kediaman wanita berkenaan sebelum mengambil darahnya ketika pengsan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki menceroboh kediaman seorang wanita dan mengambil darah mangsa tanpa kebenaran dengan alasan untuk menghilangkan tekanan.

Dalam kejadian 1 Januari tahun lalu di Yangzhou, China, suspek dikenali sebagai Li memecah masuk ketika mangsa, Yu, sedang tidur. 

Dia menekup wajah wanita itu dengan kain sebelum mengambil darah di lengannya.

Tindakan Li terbantut apabila suami Yu pulang secara mengejut lalu menyerangnya. 

Mangsa kemudian mendapati lengannya sakit dengan kesan jarum selepas sedar daripada pengsan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pendiam ceroboh rumah rakan wanita lebih 20 kali... Tagih perhatian, geram mesej tak dibalas

Siasatan forensik mengesahkan kain yang digunakan mengandungi kesan ubat bius yang menyebabkan mangsa pengsan ketika kejadian. 

Li akhirnya ditahan dan mengaku menceroboh kerana rasa ‘teruja’ setiap kali memasuki rumah orang lain.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadapnya. 

Suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau termasuk rompakan dan rogol. -Agensi

Artikel Lain