suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cikgu ‘ratah’ pelajar di bilik seni sekolah, rakam video buat koleksi peribadi

Merogol adalah satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG Guru Pendidikan Seni berusia 37 tahun ditahan polis pada Khamis selepas didakwa merogol muridnya sendiri.

Suspek juga dikatakan merakam aksi berkenaan menggunakan telefonnya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sukabumi, Hartono berkata, rakaman perbuatan itu bagaimanapun tidak disebarkan sebaliknya dijadikan koleksi peribadi suspek.

Kejadian pada tahun 2022 itu dilaporkan berlaku di sebuah sekolah agama di Daerah Lengkong, Sukabumi, Indonesia.

Menurut Hartono, suspek mengambil kesempatan terhadap mangsa yang ketika itu masih bersekolah dan di bawah umur.

"Perbuatan dilakukan berulang kali di bilik seni sekolah ketika suasana sunyi atau selepas waktu belajar," katanya.

Tambah Hartono, suspek turut memperdaya mangsa dengan pelbagai janji termasuk mahu membelikan cincin supaya gadis itu menuruti kemahuannya.

Mangsa kini dilaporkan menerima sokongan psikologi serta bantuan daripada Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (Unit PPA) Sukabumi.

Polis turut merampas beberapa barang bukti termasuk pakaian mangsa dan rakaman yang dibuat suspek.

Kes berkenaan disiasat di bawah peruntukan undang-undang yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun. -Agensi

Artikel Lain