suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percaya boleh cepat jumpa jodoh, pemuda berbogel lari keliling kawasan perumahan menjelang tengah malam

Penduduk setempat menghubungi polis selepas melihat seorang lelaki lari dalam keadaan bogel. -Foto Facebook/ เมืองลุงโพสต์

SEORANG lelaki mencetuskan kekecohan apabila dia berlari tanpa seurat benang di sebuah kawasan perumahan.

Kejadian itu disedari penduduk setempat di selatan Phatthalung, Thailand, sekitar pukul 11 malam, Selasa.

Anggota dari Balai Polis Mueang Phatthalung dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang penduduk.

Polis kemudian menjejaki kediaman lelaki berusia 22 tahun berkenaan yang didapati tinggal bersama neneknya.

Ketika disoal, lelaki itu mengakui melakukan perbuatan tersebut.

Jelasnya, dia pernah berjanji kepada satu roh keramat untuk berlari tanpa pakaian jika bertemu cinta sejati. 

Walaupun masih belum bertemu sesiapa, dia memilih untuk menunaikan janjinya lebih awal dengan harapan ia dapat membantunya mencari jodoh.

Menurut neneknya pula, lelaki itu mengalami masalah mental dan sudah beberapa kali keluar rumah dalam keadaan berbogel.

Selepas mendengar penjelasan, polis akhirnya beredar dan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas lelaki itu. -Agensi

Artikel Lain