suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu terkejut lihat mayat anak dalam buaian, rumah kotor dengan haiwan berkeliaran

Jenayah bayi meninggal dunia perlu diuruskan secara berhemah dan teliti. -Gambar hiasan

SEORANG ibu terkejut apabila mendapati mayat bayinya diperlakukan secara tidak bermoral oleh sebuah syarikat pengurusan pengebumian.

Zoe Ward, 32, kehilangan anaknya Bleu yang baru berusia tiga minggu akibat kerosakan otak.

Atas saranan rakan, dia mengupah Florrie’s Army, syarikat yang diasaskan oleh Amie Upton, 38.

Namun, ketika mengunjungi rumah Upton, Ward mendapati mayat anaknya diletakkan di dalam buaian di ruang tamu. 

Lebih mengejutkan, terdapat mayat bayi lain di atas sofa dalam keadaan rumah yang kotor dengan haiwan berkeliaran.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 tahun pasang ‘aircond’, rahsia ibu simpan mayat anak terbongkar sebab dah tak mampu bayar bil

Ward segera menukar pengurus pengebumian kerana tidak sanggup melihat anaknya diperlakukan sedemikian.

Hasil siasatan BBC mendapati Florrie’s Army sebelum ini pernah menerima aduan dan kini diharamkan daripada menguruskan mayat di wad bersalin serta bilik mayat NHS di Leeds, United Kingdom,

Upton bagaimanapun menafikan tuduhan, mendakwa dia tidak lagi menyimpan mayat di rumah sejak empat tahun lalu dan menegaskan syarikatnya sering menerima maklum balas positif daripada pelanggan.

Kematian bayi Ward berlaku pada 2021, namun kisah ini kembali diperkatakan selepas ia sekali lagi tular pada Ogos 2025.

Artikel Lain