SEORANG wanita warga emas berusia 75 tahun menyimpan mayat anak perempuannya kerana menghormati permintaannya yang tidak mahu dikebumikan. Rahsia ini terbongkar selepas si ibu, Lee gagal membayar bil elektrik kediamannya di sebuah apartmen di Ruifang, New Taipei, Taiwan dan memaklumkan kepada pekerja sosial. Polis di daerah Ruifang menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Sosial Bandar New Taipei mengenai seorang wanita berusia 53 tahun yang dipercayai mati enam tahun lalu. Pemeriksaan di lokasi mendapati mayat telah menjadi mumia dan kawasan tersebut segera ditutup untuk siasatan lanjut.Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah, namun bedah siasat dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian.Difahamkan, Lee tinggal bersendirian dan jarang bergaul dengan jiran menyebabkan tiada siapa menyedari mayat tersimpan di rumahnya. Sekitar kediaman Lee yang berlokasi di Ruifang, New Taipei.Siasatan awal mendapati selepas anaknya meninggal dunia, wanita itu menyimpan mayat di dalam bilik dan membiarkan penghawa dingin terpasang sepanjang tahun untuk mengawetnya. Bagaimanapun, Lee mendedahkan rahsia itu kepada pekerja sosial selepas mengalami strok sehingga tidak lagi mampu membersihkan mayat serta membayar bil elektrik.Jiran-jiran terkejut dengan penemuan tersebut kerana tidak pernah terhidu bau pelik atau busuk.Pihak berkuasa juga percaya mayat diawet dengan minyak tertentu dan penghawa dingin dipasang sepanjang masa bagi mengelakkan pereputan.Kes berkenaan masih dalam siasatan untuk mengetahui mengenai punca kematian dan latar belakang kejadian. -UDN.COM