SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan pada Ahad kerana didakwa membunuh sepupu perempuannya yang berusia enam tahun gara-gara didorong perasaan cemburu. Menurut pihak polis, suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana mangsa dikatakan mendapat lebih perhatian dan sering dimanjakan keluarga berbanding dirinya. Pegawai kanan polis di daerah Palghar, Maharashtra berkata, remaja tersebut juga terinspirasi daripada sebuah filem Hindi mengenai pembunuh bersiri.Polis berkata mangsa pada mulanya dilaporkan hilang pada petang Sabtu, dan ahli keluarganya bertindak membuat laporan polis. Hasil siasatan polis akhirnya membawa kepada penahanan suspek, susulan rakaman kamera litar tertutup dari kawasan sekitar menunjukkan suspek adalah individu terakhir Bersama mangsa.Walaupun cuba mengelirukan polis pada mulanya, suspek akhirnya mengaku mencekik dan kemudian menghancurkan muka mangsa dengan batu.Mayat mangsa dijumpai pada pukul 4.30 pagi (Ahad) di kawasan bukit di Sriram Nagar. Polis berkata siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang dijalankan. -Agensi